Monday 6 February 2012

Jajaran lokasi penempatan suku kaum Tobilung di Sabah

Suku Kaum Tobilung merupakan bangsa minoriti yang menghuni Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Kajian secara terperinci mengenai kewujudan Suku Kaum Tobilung ini belum pernah dibuat oleh mana-mana pengkaji. Sebagai salah satu denominasi "Momogun", maka ianya diyakini bahawa Bangsa Tobilung ini juga berasal dari 'Nunuk Ragang', iaitu satu cerita lagenda asal usul kewujudan suku kaum Dusun di Sabah. Walau bagaimanapun terdapat banyak andaian yang kita boleh pertimbangkan mengenainya. Ada yang berpendapat bahawa Suku Kaum Tobilung berasal dari tanah besar Asia disebabkan persamaan budaya yang ada contohnya penggunaan manik dalam hiasan pakaian yang kita boleh lihat sehingga hari ini.

Okey.. itu adalah serba ringkas mengenai asal-usul Suku Kaum Tobilung. Saya akan beri maklumat yang terperinci mengenainya pada masa akan datang. Suku Kaum Tobilung ini kita boleh lihat penempatannya bermula dari daerah Kota belud, Kota Marudu dan sedikit di bahagian Kudat. Berikut adalah senarai kampung penemapatn Suku Kaum Tobilung di setiap 3 daerah ini:
 
Daerah Kota Belud:
  1. Kg. Toburon (Tagayo dan Tokoro)
  2. Kg. Sarang
  3. Kg. Dudar
  4. Kg. Timbang
  5. Kg. Matanau
  6. Kg. Ulu Kukut
Daerah Kota Marudu:
  1. Kg. Mangaris (1, 2, 3)
  2. Kg. Tonsom
  3. Kg. Puka
  4. Kg. Mangin (1, 2, 3)
  5. Kg. Minansad
  6. Kg. Boluot
  7. Kg. Kandawayon
  8. Kg. Bintasan Tengah
Daerah Kudat:
  1. Kg. Mandawang

Kg Mandawang adalah penempatan terakhir Suku Kaum Tobilung di Sabah. Walau bagaimanapun, majoriti penduduk di kampung ini adalah Suku Kaum Rungus. Suku Kaum Tobilung yang tinggal di kampung ini adalah berasal dari kampung Taburon dan kampung yang lain disebabkan perkahwinan campur pada satu masa ketika dahulu.

8 comments:

  1. Ada kampung lain kah selain kampung ni?

    ReplyDelete
  2. Rasanya di Tambunan ada kampung yang dinamakan Kg Tobilung.. Tapi penduduk dalam kg tu bukan org Tobilung.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Sehingga hari ini orang ramai mengatakan bahawa suku Tobilung mendapat namanya dari ketokohan pahlawan hebat yang bernama Tombolung.... Dan ada pula yg mengatakan asal nama Suku Tobilung adalah dari nama pokok Tobilung... Ada lebih dari 200 orang Suku Tobilung tinggal di Ulu Kukut sebelum ketibaan British Charted Company. Pada satu ketika wabak taun merebak dikampung dan ramai yg terkorban dan dikebumikan di Ulu Kukut. Suku Tobilung terpaksa berpindah ke Mengaris dan Langkon, sedikit dari mereka masih tinggal di Ulu Kukut.

      Apabila Suku Tobilung pindah ke Kota Marudu mereka terpaksa berperang menentang Suku Momoguns. Suku Tobilung dari Mengaris, Lobak Sungai dan Tampinatau sentiasa bergabung untuk berperang melawan Suku Momoguns. Suku Tobilung juga berperang menentang Suku Kogosingan dan Suku Lotud di zaman perang suku dan potong kepala ( zaman misangod rondom ) sebagai salah satu adat kehidupan mereka masa lampau. Suku Tobilung Kota Marudu mengatakan bahawa Suku Tobilung adalah suku Kadazandusun yg pertama menetap di Inanam. Selepas Nunuk Ragang seorang Panglima Agung Suku Tobilung bernama Mondowoi dan Memburing berpindah ke Tambunan melalui Sungai Kogibangan melintasi banjaran Trus Madi menyelusuri Sungai Pagalan membuka perkampungan Tobilung di Tambunan. Suku Tobilung merupakan penduduk terawal dan suku Kadazandusun yg utama di Tambunan. Apabila Suku Tuhawon dan Suku Tibabar berperang antara mereka, maka Suku Tobilung akan dipanggil sebagai Suku yang dipercayai dan dihormati boleh membantu menyelesaikan salah faham antara kaum.

      Suku Tobilung juga menyelusuri Sungai Tandulu dari Banjaran Crocker membuka beberapa perkampungan di Inobong, Penampang dan Inanam. Disebabkan terlalu banyak perpindahan dan peperangan sebelum dan selepas Nunuk Ragang maka Suku Tobilung terpecah kepada tiga kawasan utama seperti Tambunan, Inanam dan Kota Marudu. Berbalik kepada cerita anak perempuan Tombolung dan bapanya Guminggon di Inanam di mana mereka tidak dapat membawa tempayan pusaka mereka berhijrah ke Utara. Maka mereka membuka beberapa perkampungan dari Inanam sehingga ke Kionsom.

      Suku Tobilung juga membuka beberapa perkampungan di Kitobu, Dambai, Tobilung dan Tatahan. Apabila suku Tobilung pertama kali sampai di Inanam mereka tinggal di kawasan seluas 20 ekar dari Sungai Inanam sehingga Kampung Sinulihan Baru. Inanam, Menggatal dan Api Api diserahkan kepada pihak British Charted Company pada tahun 1898. Sebelum 1898, Inanam merupakan markas utama Paduka Mat Salleh. Suku Tobilung adalah Suku yg banyak berjasa kepada perjuangan awal masyarakat Sabah serta bergabung dengan Mat Salleh berperang melawan penjajah British.

      Apabila pihak Charted Company menyerang Inanam termasuk perkampungan Suku Tobilung pada tahun 1897, mereka terjumpa banyak barang barang rampasan dari Pulau Gaya di rumah rumah perkampungan Suku Tobilung Inanam. Suku Tobilung juga bergabung dengan Suku Tagahas menyerang tamu di Pogunan, Tambunan dan menjadikan tamu Inanam sebagai salah satu pusat perdagangan utama barang barang dan hasil tanaman ternakan tempatan pantai barat ketika itu.

      Di susun : Kumis Kumis,

      Delete
  3. kita perlu bangga sebab kita berasal dari suku kaum dusun Tobilung.. sepanjang semester 2 2013/2014 ni, saya akan mengkaji tentang suku kaum dusun tobilung ni.. dan amat berbangga sekali bila menjadi pengkaji suku kaum sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngam tompinai.. Kajian tersebut untuk buat master kah?

      Delete
  4. Suku Tobilung juga membuka beberapa perkampungan di Kitobu, Dambai, Tobilung dan Tatahan. Apabila suku Tobilung pertama kali sampai di Inanam mereka tinggal di kawasan seluas 20 ekar dari Sungai Inanam sehingga Kampung Sinulihan Baru. Inanam, Menggatal dan Api Api diserahkan kepada pihak British Charted Company pada tahun 1898. Sebelum 1898, Inanam merupakan markas utama Paduka Mat Salleh. Suku Tobilung adalah Suku yg banyak berjasa kepada perjuangan awal masyarakat Sabah serta bergabung dengan Mat Salleh berperang melawan penjajah British.

    Apabila pihak Charted Company menyerang Inanam termasuk perkampungan Suku Tobilung pada tahun 1897, mereka terjumpa banyak barang barang rampasan dari Pulau Gaya di rumah rumah perkampungan Suku Tobilung Inanam. Suku Tobilung juga bergabung dengan Suku Tagahas menyerang tamu di Pogunan, Tambunan dan menjadikan tamu Inanam sebagai salah satu pusat perdagangan utama barang barang dan hasil tanaman ternakan tempatan pantai barat ketika itu.

    ReplyDelete
  5. Cerita Burung Helang ini juga menjadi inspirasi kepada tarian "Mongigal". Tombolung hidup sehingga usia 100 tahun apabila beliau meninggal dunia. Setelah Tombolung meninggal dunia Lajou dan Saganggoh pindah menyelusuri Sungai Lintupan dan membuka sebuah perkampungan bernama Lapai, atau sekarang dikenali sebagai Mengaris. Gimadang dan Bujang pula berpindah dan menetap di Kampung Sarang. Lakou adik kepada Tombolung seorang pahlawan yg berbadan besar gagah perkasa pindah ke Tinongkuban dan bercucuk tanam di kawasan tersebut. Lakou sentiasa menjaga dan segera datang membantu anak buahnya di Mengaris dan Sarang jika mereka diserang oleh pihak musuh. Apabila Lakou meninggal dunia beliau dikebumikan di Timbang.

    Sehingga hari ini orang ramai mengatakan bahawa suku Tobilung mendapat namanya dari ketokohan pahlawan hebat yang bernama Tombolung.... Dan ada pula yg mengatakan asal nama Suku Tobilung adalah dari nama pokok Tobilung... Ada lebih dari 200 orang Suku Tobilung tinggal di Ulu Kukut sebelum ketibaan British Charted Company. Pada satu ketika wabak taun merebak dikampung dan ramai yg terkorban dan dikebumikan di Ulu Kukut. Suku Tobilung terpaksa berpindah ke Mengaris dan Langkon, sedikit dari mereka masih tinggal di Ulu Kukut.