Wednesday 21 March 2012

Cerita Dongeng Suku kaum tobilung

18 tahun dulu ketika nenek masih hidup, dia sering menghidangkan cerita-cerita (Susunud @ Tangon) yang sangat popular dan merupakan satu kelangsungan dalam kehidupan masyarakat di sekeliling saya pada masa itu. Biasanya, dalam bahasa Tobilung nenek akan memulakan cerita dengan, "waro-waro kaka"..yang bermaksud ada satu cerita dan lebih berbunyi kepada cerita dongeng yang diturunkan dari nenek moyang. Namun begitu, kebiasaan begini semakin hilang dan lenyap dari budaya suku kaum tobilung disebabkan hilang minat di kalangan masayarakat suku kaum tobilung dan kini kita telah pun di bawa arus pemodenan di mana setiap orang mengejar pembangunan kendiri dengan pendedahan kemajuan dari segi teknologi, pendidikan moden dan bermacam-macam faktor lagi. Ada pros dan cons yang boleh kita kenalpasti dalam situasi ini.

Monday 6 February 2012

Jajaran lokasi penempatan suku kaum Tobilung di Sabah

Suku Kaum Tobilung merupakan bangsa minoriti yang menghuni Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Kajian secara terperinci mengenai kewujudan Suku Kaum Tobilung ini belum pernah dibuat oleh mana-mana pengkaji. Sebagai salah satu denominasi "Momogun", maka ianya diyakini bahawa Bangsa Tobilung ini juga berasal dari 'Nunuk Ragang', iaitu satu cerita lagenda asal usul kewujudan suku kaum Dusun di Sabah. Walau bagaimanapun terdapat banyak andaian yang kita boleh pertimbangkan mengenainya. Ada yang berpendapat bahawa Suku Kaum Tobilung berasal dari tanah besar Asia disebabkan persamaan budaya yang ada contohnya penggunaan manik dalam hiasan pakaian yang kita boleh lihat sehingga hari ini.

Okey.. itu adalah serba ringkas mengenai asal-usul Suku Kaum Tobilung. Saya akan beri maklumat yang terperinci mengenainya pada masa akan datang. Suku Kaum Tobilung ini kita boleh lihat penempatannya bermula dari daerah Kota belud, Kota Marudu dan sedikit di bahagian Kudat. Berikut adalah senarai kampung penemapatn Suku Kaum Tobilung di setiap 3 daerah ini:
 
Daerah Kota Belud:
  1. Kg. Toburon (Tagayo dan Tokoro)
  2. Kg. Sarang
  3. Kg. Dudar
  4. Kg. Timbang
  5. Kg. Matanau
  6. Kg. Ulu Kukut
Daerah Kota Marudu:
  1. Kg. Mangaris (1, 2, 3)
  2. Kg. Tonsom
  3. Kg. Puka
  4. Kg. Mangin (1, 2, 3)
  5. Kg. Minansad
  6. Kg. Boluot
  7. Kg. Kandawayon
  8. Kg. Bintasan Tengah
Daerah Kudat:
  1. Kg. Mandawang

Kg Mandawang adalah penempatan terakhir Suku Kaum Tobilung di Sabah. Walau bagaimanapun, majoriti penduduk di kampung ini adalah Suku Kaum Rungus. Suku Kaum Tobilung yang tinggal di kampung ini adalah berasal dari kampung Taburon dan kampung yang lain disebabkan perkahwinan campur pada satu masa ketika dahulu.