Thursday 20 February 2014

Osorou po dikoyu susunud di Odu Aki: E Tanakwagu om e Nongkoron?

Saya masih ingat sekitar tahun 80an - 90an.. saya biasanya akan ikut nenek untuk pergi ke ladang padi untuk membantu kerja-kerja merumput 'gumamas'. Masa tu adalah zaman budak-budak saya dan ianya menjadi kebiasaan/rutin di kampung untuk ikut serta dalam aktiviti-aktiviti tradisional sedemikian. Oleh kerana nenek akan bekerja sehari suntuk dan saya pula hanya bertahan 1 - 2 jam merumput, maka taktik nenek agar saya tetap bertahan adalah dengan cara bercerita 'susunud' yang akhirnya menjadikan saya lupa pada penat lelah.

Salah satu watak yang sangat terkenal dan mengandungi banyak versi/episod adalah cerita Tanakwagu dan Nongkoron. Dalam tradisi masyarakat Tobilung, watak tanakwagu di dalam cerita ini adalah melambangkan nasib baik (good fortune), kerendahan hati, kesabaran, usaha dan ketekunan. Manakala watak Nongkoron ini adalah sebaliknya dimana di penghujung kesudahan cerita ini, kita boleh lihat watak Nongkoron berkesudahan dengan peristiwa yang tidak baik disebabkan ia adalah watak seorang yang tamak, tinggi hati, tidak senang terhadap kejayaan orang lain dan bernasib malang.

Nilai-nilai moral disampaikan secara tidak langsung dari 'susunud' seperi ini kepada generasi muda disebabkan tahap pendidikan dan pengetahuan si Odu Aki ini adalah rendah berbanding mereka yang telah mendapat pendidikan dari sekolah-sekoalah dan institusi pengajian tinggi.

Jadi hari ini, kita sebagai masyarakat Tobilung tetap bersyukur dengan tradisi kita yang nampaknya hampir ditelan zaman dek kemajuan pemodenan dunia. Satu masa nanti tradisi ini akan lenyap dan hanya menjadi sejarah suku kaum kita yang tercinta.

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk menyampaikannya kepada anak-anak kita sebagai tanda kesyukuran dan kebanggan kepada asal-usul kita.